Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi lelaki tempatan dengan penahanan tiga individu termasuk dua wanita warga Vietnam serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM3.55 juta.
Serbuan dilakukan secara berperingkat antara jam 1.30 petang 10 Julai hingga 2.30 pagi 11 Julai lalu, membabitkan lima lokasi berbeza di sekitar Johor Bahru.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, serbuan bermula dengan penahanan seorang lelaki bersama dadah di tepi jalan, sebelum membawa kepada serbuan sebuah bilik sewa dan tiga unit kondominium mewah yang disyaki digunakan untuk menyimpan dan memproses dadah. Dua wanita Vietnam turut ditahan dalam serbuan terakhir di salah satu unit berkenaan.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Apa yang dirampas dalam serbuan?
• 20.7 kilogram serbuk disyaki ekstasi
• 18.49 kilogram ganja termasuk jenis bunga ganja premium
• 154.25 gram ketamin
• 141 gram pil erimin 5
• Alatan memproses dadah & wang tunai RM800
















Semua gambar hak milik Polis Johor
Menurut Kumar, ini adalah kali pertama bunga ganja dirampas di Johor tahun ini, dengan nilai pasaran mencecah RM36,000 sekilogram. Ia dipercayai mempunyai tahap ketulenan dan kesan khayal lebih tinggi berbanding ganja biasa.
Ketiga-tiga suspek berusia 32 hingga 39 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing mendapati mereka positif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua warga asing turut disiasat mengikut Akta Imigresen.
Sumber: Harian Metro








