Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Lima individu termasuk seorang usahawan wanita dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis methamphetamine, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Banggol Chicha pada 27 Jun lalu.
Tertuduh terdiri daripada Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang menjalankan perniagaan salun dan kedai makan, suaminya Mohd Faizal Ismail, 35, serta Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39; Mohamad Farid Ismail, 33; dan Mohamad Asmawi Janudin, 25 tahun.
Dadah yang ditemui




Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Sorok pil kuda bawah najis lembu
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa mengedar 115 gram methamphetamine yang ditemui dalam sebuah kereta Perodua Axia di simpang tiga Jalan Gajah Mati, berhampiran Kampung Banggol Chicha, pada jam 11.15 pagi.
Pertuduhan kedua pula melibatkan Mohd Faizal dan isterinya, Nur Ayu Fatihah, yang didakwa mengedar 112 gram dadah sama di sebuah rumah di kampung tersebut kira-kira jam 11.30 pagi hari yang sama.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, kesemua lima tertuduh didakwa mengedar 19,866 gram methamphetamine yang disorokkan di sebuah kandang lembu terletak di belakang rumah di Kampung Banggol Chicha sekitar jam 4.30 petang.
Kereta & barangan mewah dirampas






Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Nur Ayu Fatihah dan suaminya diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimi.
Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan terhadap kelima-lima tertuduh.
Sumber: Harian Metro








