Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kebanyakan orang apabila kehilangan telefon bimbit, mereka hanya mampu pasrah dan menganggap peranti itu sudah lesap buat selamanya. Namun, kisah seorang wanita bernama Angela membuktikan bahawa masih ada insan berhati mulia sanggup memulangkan barang yang bukan miliknya, walaupun selepas dua bulan berlalu.
Angela tidak pernah menyangka telefonnya yang hilang akhirnya kembali ke tangannya. Dalam video dikongsi di TikTok Hide & Seek, dia berkongsi perasaan terharu dan gembira.
“I got my lost phone back after two months! Oh my god, telefon sudah lama hilang. You sangat baik, thank you!” katanya penuh emosi.
Baca berita terkini:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
Redah perjalanan 45 minit
Difahamkan, telefon itu dipulangkan oleh seorang lelaki bernama Izuwan Haikal atau lebih mesra dipanggil Wan. Sebelum menyerahkan telefon, Wan terlebih dahulu bertanya sama ada benar itu milik Angela. Tanpa ragu, Angela terus memasukkan nombor pin dan berjaya membuka telefon tersebut, sekali gus mengesahkan ia memang miliknya.
Sebagai tanda penghargaan, Angela memberikan sekeping sampul merah kepada Wan yang sanggup menunggang motosikal selama 45 minit semata-mata mahu memastikan telefon itu kembali ke tangan pemilik asal.
“Kasi you lah. You banyak jauh datang, I tahu you hati baik dan I memang nak kasi you,” ujar Angela dengan nada yang penuh bersyukur.
Menurut Wan, telefon itu sebenarnya sudah lama dijumpai oleh adiknya sebelum disimpan di dalam almari tanpa sesiapa menyedarinya. Hatinya mula tergerak apabila ternampak peranti itu dan terfikir untuk mencari pemiliknya.
Dia kemudian mengecas telefon tersebut dan sebaik sahaja dihidupkan, muncul satu notifikasi tertera maklumat kehilangan. Wan segera menghubunginya untuk mengatur pemulangan.
Bagi Wan, tindakannya lahir daripada rasa tanggungjawab dan empati. Dia percaya setiap orang akan berdepan saat kehilangan sesuatu yang berharga, maka sedikit usaha membantu memulangkan boleh membawa kegembiraan besar kepada orang lain.
Reaksi netizen
Kisah ini mendapat perhatian ramai di TikTok, dengan ribuan komen yang rata-rata memuji kejujuran Wan dan menyifatkan tindakannya sebagai contoh terbaik sikap prihatin sesama manusia.
Ada yang berkongsi pengalaman hampir sama, tidak kurang juga yang berseloroh tentang pertemuan itu ibarat babak dalam filem romantik.


Sumber: TikTok Hide and Seek








