‘15 tahun bertahan, akhirnya rasa dipijak’ – Wanita bergaji RM7K dedah derita tinggal di flat B40 | The Reporter

‘15 tahun bertahan, akhirnya rasa dipijak’ – Wanita bergaji RM7K dedah derita tinggal di flat B40

Pemandangan blok flat kos rendah dengan koridor sempit dan pakaian dijemur, mencerminkan suasana kehidupan B40.
Flat kos rendah tempat wanita bergaji RM7,000 berkongsi pengalaman tinggal 15 tahun yang penuh cabaran.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang individu berkongsi pengalaman pahit tinggal di flat kos rendah B40 meskipun mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM7,000. Pengalaman lebih 15 tahun itu dikatakan menguji tahap kesabaran apabila berdepan pelbagai gangguan yang menjejaskan ketenteraman hidup.

Dalam hantaran yang tular di Threads, individu tersebut mendedahkan gangguan yang berlaku termasuk cubaan memecahkan tingkap, ugutan mahu mencederakan, aktiviti memasak ketum, bermain mercun serta sikap jiran yang kerap memenuhi koridor dengan barang peribadi seperti kerusi, meja, pasu dan makanan kucing.

Semua masalah bermula apabila pengadu memindahkan barang jiran yang menghalang laluan.

Gangguan yang cetus tekanan mental

“Saya memperolehi pendapatan RM7,000 sebulan, tetapi tinggal di kawasan flat B40. Semua masalah mentaliti B40 saya dah alami. Sabar punya sabar, akhirnya saya dipijak. Dah umur 40-an baru saya faham bila menteri kata punca miskin sebab sikap malas. 100% betul. Hanya 0.001% yang miskin sebab sakit, kemalangan, dikhianat, ditindas dan sebagainya. Yang lain?

“Duit tak ada, tapi pakai iPhone. Hutang keliling pinggang, sampai cari along dan hidup macam tak ada undang-undang. Bila dah tersepit, mulalah drama kata tak ada siapa datang tolong.

“Antara kejadian terbaru termasuk cubaan memecahkan tingkap rumah saya dan cabar supaya bergaduh depan-depan. Ugutan ‘tenyeh muka dan pecah kepala’ pun sudah mula kedengaran.

“Semua ini berlaku hanya kerana saya tolong alihkan barang mereka dari koridor rumah saya. Laporan polis sudah dibuat, tapi setakat itu sahaja (tiada tindakan susulan),”

Unit rumah pengadu yang terletak di hujung bangunan sering menjadi sasaran bunyi bising dan pelbagai gangguan daripada jiran.

Pandangan berbeza dalam kalangan netizen

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju persekitaran negatif boleh memberi kesan besar kepada kehidupan dan pemikiran, manakala ada juga yang berpendapat kenyataan tersebut terlalu menghina golongan berpendapatan rendah.

Ada yang berpandangan, jika seseorang sudah berkemampuan, lebih baik memilih untuk berpindah ke kawasan perumahan yang lebih kondusif bagi mengelakkan terjebak dengan suasana negatif. Biarpun kos sewa atau bayaran rumah lebih tinggi, ia lebih berbaloi demi keselamatan dan kesejahteraan keluarga.

Selain itu, terdapat juga yang menyatakan persekitaran tempat tinggal boleh memberi kesan besar kepada sikap dan corak pemikiran individu. Mereka merujuk ajaran agama yang menggalakkan pemilihan pergaulan yang baik, kerana pengaruh persekitaran dianggap mampu mencorak kehidupan.

Related Posts