Baru 4 bulan nikah, isteri Fikry Ibrahim mohon cerai secara senyap? | The Reporter

Baru 4 bulan nikah, isteri Fikry Ibrahim mohon cerai secara senyap?

Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah tersenyum dalam pakaian pengantin serba putih
Fikry dan Khalizah bernikah secara tertutup pada Februari lalu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Permohonan cerai dibuat sekitar Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur
• Siti Khalizah hadir ke mahkamah, tapi Fikry langsung tidak kelihatan
• Pasangan ini kahwin secara tertutup dan jarang kongsi hal rumah tangga

Tanpa sebarang petanda atau kenyataan rasmi, rumah tangga selebriti Fikry Ibrahim dikatakan sedang diuji apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan cerai hanya selepas empat bulan mereka diijabkabulkan.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar bulan Mei. Menurut jadual kes mahkamah, perbicaraan pertama sepatutnya berlangsung pada hari Khamis ini.

Kredit gambar: mStar Online

Lebih mencuri perhatian, Khalizah, 37, hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi tadi dengan pakaian serba hitam dan berpelitup muka. Dia turut ditemani peguam syarie, dipercayai untuk mewakilinya dalam kes penceraian ini.

Namun, kelibat Fikry langsung tidak kelihatan di mahkamah, menimbulkan tanda tanya sama ada beliau mengetahui atau bersedia menghadapi proses ini.

Kahwin diam-diam, bercerai pun senyap?

Fikry dan Khalizah bernikah pada 12 Februari lalu dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat. Hubungan mereka juga dikawal rapi daripada perhatian media dan orang ramai.

Perkahwinan mereka hanya diketahui umum apabila Fikry sendiri memuat naik foto pernikahan di media sosial, namun tiada banyak maklumat lanjut dikongsi selepas itu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada kedua-dua pihak bagi menjelaskan status sebenar hubungan mereka atau punca permohonan cerai berkenaan.

Sumber: mStar Online

Related Posts