Kerajaan belum sedia laksana GST, bimbang bebankan orang miskin - Anwar | The Reporter

Kerajaan belum sedia laksana GST, bimbang bebankan orang miskin – Anwar

Anwar Ibrahim berucap di pentas Program MADANI Rakyat 2025
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan GST belum sesuai dilaksana kerana membebankan rakyat miskin | Kredit gambar: Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• GST ditangguhkan kerana dikhuatiri membebankan golongan miskin dan penganggur
• Kerajaan hanya akan pertimbang semula jika ekonomi dan gaji rakyat meningkat
• Anwar gesa isu GST tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan mengembalikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat kerana ia membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, meskipun GST dianggap sistem percukaian yang efisien dan mudah dilaksana, kesannya akan dirasai oleh semua termasuk nelayan, pekebun kecil dan mereka yang menganggur, tanpa mengira tahap pendapatan.

“GST ini anda kenakan cukai pada semua orang… walaupun ia efisien, lebih mudah tak payah pening-pening kepala, senang saja enam peratus semua bayar.

“Tapi saya nak tanya, kalau enam peratus itu semua kena bayar, mengapa orang miskin, orang menganggur kena bayar?” katanya memetik laporan dari Bernama.

Bila GST sesuai dilaksana semula?

Anwar menjelaskan, kerajaan terbuka kepada cadangan melaksanakan semula GST pada masa depan, tetapi hanya apabila keadaan ekonomi dan pendapatan rakyat telah bertambah baik.

“Kalau esok ekonomi kita dah meningkat, gaji minimum semua RM4,000 ke atas, cukailah GST pun. Jadi saya minta tangguh ini (GST), (jangan) dibuat jadi bahan politik,” katanya lagi.

Ujarnya, adalah tidak adil untuk memperkenalkan semula sistem percukaian menyeluruh ketika sebahagian besar rakyat masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup harian. Justeru, kerajaan mengambil pendekatan lebih berhati-hati dan berpihak kepada kebajikan rakyat, bukannya tekanan dasar.

Related Posts