Kantoi keluar dengan isteri orang, lelaki nekad lari ke balai untuk selamatkan diri | The Reporter

Kantoi keluar dengan isteri orang, lelaki nekad lari ke balai untuk selamatkan diri

Lelaki bersama wanita dipercayai isteri orang dalam kereta hadapan balai polis
Lelaki kantoi keluar dengan isteri orang, dikejar suami hingga nekad lari ke balai polis

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan seorang lelaki yang dikejar suami orang sehingga terpaksa mencari perlindungan di balai polis menarik perhatian ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Difahamkan, si suami pada awalnya menyangka isterinya berada di tempat kerja. Namun, dia terkejut apabila mendapati wanita itu sebenarnya bersama seorang lelaki lain yang bukan mahram dalam sebuah kereta.

Tidak berpuas hati, si suami mengejar kereta berkenaan sehingga lelaki terbabit akhirnya membuat keputusan untuk berhenti di balai polis bagi mengelak sebarang kekecohan.

“Lima kali berpusing-pusing, dia tak nak berhenti. Dia takut lelaki ni kena pukul. Cantik, dia nak pergi balai polis,” kata si suami yang merakam sendiri kejadian itu dalam salah satu video tular.

Kehadiran pasangan yang didakwa curang itu di balai polis mencetuskan suasana janggal apabila anggota bertugas dilihat tidak mahu mencampuri urusan yang berlaku di luar perkarangan balai.

Kedua-dua pihak juga dilihat saling merakam antara satu sama lain sepanjang insiden berlaku, dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga untuk dijadikan bukti.

Di media sosia, ada netizen yang menyelar tindakan wanita terbabit kerana tidak menghormati ikatan perkahwinan, manakala sebahagian pula menyatakan bahawa isu kecurangan sering berpunca daripada kegagalan dalam rumah tangga itu sendiri, termasuk sikap suami.

Ada juga yang mempersoalkan berat sebelah dalam menilai isu curang, kerana sering kali lelaki yang dipersalahkan, sedangkan wanita turut memainkan peranan. Tidak kurang juga yang mengingatkan bahawa mengganggu rumah tangga orang adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Related Posts