Pagi-pagi dah stress! Bas Rapid KL 772 sesak, trip tak teratur | The Reporter

Pagi-pagi dah stress! Bas Rapid KL 772 sesak, trip tak teratur

Bas RapidKL dua tingkat laluan 772 yang dilaporkan tidak muncul pada waktu pagi.
Bas dua tingkat RapidKL laluan 772 yang sepatutnya digunakan untuk mengambil penumpang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan bas RapidKL laluan 772 yang didakwa sering lewat dan gagal menampung jumlah penumpang pada waktu puncak.

Menurut pengguna tersebut, tiada bas disediakan untuk trip pertama pada jam 6.50 pagi, manakala trip kedua hanya menggunakan bas satu tingkat. Keadaan ini berbeza daripada kebiasaan di mana bas dua tingkat disediakan, namun masih tidak mencukupi terutama jika trip pertama tiada.

Masalah menjadi lebih serius apabila ramai penumpang warga asing dilihat berebut masuk dari pintu depan tanpa mengikut peraturan, menyebabkan kekecohan dan menyukarkan penumpang lain untuk turun. Keadaan dalam bas turut digambarkan sesak dan berhimpit-himpit sehingga bas terpaksa melangkau hentian berikutnya kerana sudah terlalu penuh.

@user3837844847373

Bas trip pertama tiada, trip kedua hanya bas satu tingkat. Biasanya RapidKL sediakan bas double decker dan itu pun selalu je tak cukup kerusi kalau trip pertama tiada. Di sini ramai penumpang warga asing berebut masuk tanpa mengikut peraturan (naik dari pintu depan). Penumpang lain tak dapat turun, menyebabkan berlakunya kekecohan. Hal ini berlaku setiap kali bas 772 skip trip pertama. Penumpang warga asing tak reti beratur dan suka tolak-menolak. Keadaan di dalam bas yang sudah penuh dan berhimpit-himpit. Bas terlalu penuh, hentian seterusnya terpaksa dilangkau. Ramai yang tak dapat naik bas. Masalah ini semakin kerap berlaku. Bas satu tingkat digunakan pada waktu puncak, pagi dan petang. Kami bukan minta banyak. Cuma minta RapidKL hantar bas double decker pada peak hours dan ikut jadual. (Laluan 772). Tolong ambil serius isu ini. Ramai pengguna ulang-alik kerja bergantung pada laluan ni setiap hari. Kesian warga emas, pelajar dan pekerja harian. Bas ni warga tempatan pun tetap ramai naik, cuma di Subang Perdana ni je yang ramai pendatang asing. @Rapid KL #Bas772 #Kesesakan #publictransport #Malaysia

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Pengguna itu turut mendakwa isu ini berlaku hampir setiap kali trip pertama tidak dijalankan. Beliau menyatakan bahawa penumpang warga asing tidak beratur dan suka menolak-nolak ketika menaiki bas, sekali gus menyulitkan perjalanan harian penumpang lain termasuk warga emas, pelajar dan pekerja.

Dalam perkongsian itu, beliau merayu agar RapidKL mengambil serius masalah ini dan menghantar bas dua tingkat pada waktu puncak serta memastikan jadual perjalanan dipatuhi.

Menurutnya, walaupun ramai pendatang asing menggunakan laluan ini di Subang Perdana, jumlah warga tempatan yang bergantung kepada laluan 772 juga sangat besar.

Video aduan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman serupa dan berharap agar pihak RapidKL memberi perhatian segera terhadap isu yang berlarutan ini.

Sumber : TikTok usernotfound

Related Posts