Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kebiasaannya, seringkali dilihat lampu isyarat di Malaysia dipasang pada tiang besi di tepi jalan. Namun begitu, di negeri Perak wujud satu kelainan apabila sebuah lampu isyarat dipasang secara gantung, menjadikannya yang pertama seumpamanya di negara ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Jagat Impak, lampu isyarat berkenaan terletak di persimpangan Felcra Nasaruddin, Jalan Ipoh-Lumut, dan telah menarik perhatian ramai disebabkan keunikannya. Namun di sebalik keistimewaan tersebut, timbul persoalan penting sejauh mana selamatnya sistem lampu isyarat seperti ini, terutama dalam jangka masa panjang.
Apa yang menarik perhatian ramai juga, apabila lampu ini tidak pernah jatuh walaupun dilanda angin kuat. Ini menunjukkan rekaan awalnya telah mengambil kira aspek kestabilan dan ketahanan. Malah, kabel yang digunakan dikatakan mampu menampung beban sehingga 50 tan, jauh melebihi berat lampu isyarat itu sendiri.
Walau bagaimanapun, kebimbangan tetap wujud dalam kalangan pengguna, khususnya pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas. Ini kerana kedudukan kabel yang menggantung lampu dikatakan semakin rendah, sekali gus berisiko menyentuh kenderaan tinggi atau mengganggu pandangan semasa memandu.
Dari aspek kos, sistem ini jauh lebih murah dengan harga RM178,000 berbanding RM400,000 untuk sistem bertiang.
Pun begitu, walaupun lampu isyarat gantung masih berfungsi dengan baik, ramai yang menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan pengguna jalan raya.








