'Jurusan tiada masa depan hanyalah umpan murahan', Hazeman Huzir | The Reporter

‘Jurusan tiada masa depan hanyalah umpan murahan’, Hazeman Huzir

Hazeman Huzir beri respon tegas terhadap kenyataan DMA Islam
Hazeman Huzir menegur kandungan DMA Islam yang dikatakan sebagai publisiti murahan untuk mencari populariti.Gambar: Instagram Hazeman Huzir

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengacara dan pencipta kandungan terkenal, Hazeman Huzir, tampil bersuara mengkritik tindakan seorang pempengaruh kontroversi, DMA Islam, yang mendakwa sesetengah jurusan sebagai “tiada masa depan”.

Dalam sebuah video balas yang kini tular di media sosial, Hazeman menyelar kenyataan tersebut sebagai strategi murahan untuk meraih perhatian melalui kemarahan umum.

“Orang Malaysia ni mudah betul kena ragebait… Dia mengundang kemarahan semua. Saya tak rasa manusia normal akan bercakap macam tu tentang kursus orang lain, melainkan dia ada objektif lain,” ujar Hazeman, merujuk kepada selingan ulasan berbayar (paid review) di akhir video DMA Islam.

@hazemanhuzir

Jurusan Sains Bahasa & Sastera Bahasa Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa (status habis belajar). Arab level 6.

♬ original sound – Hazeman Huzir – Hazeman Huzir

Jangan terperangkap dengan strategi engagement murahan

Hazeman turut mempersoalkan mengapa beberapa portal berita kembali menyiarkan semula video DMA Islam walaupun kandungan tersebut tidak berfaedah dan hanya meraih perhatian murahan.

“Aku pernah cakap sebelum ni, media sosial punya currency is attention. Sibuk bagi dia perhatian kenapa?” katanya sambil menyamakan situasi ini dengan pesanan orang dulu dulu iaitu masuk hutan nampak benda pelik, jangan tegur.

Beliau menyeru netizen agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terperangkap dengan strategi kandungan yang bersifat provokatif tanpa asas.

Dalam nada tegas, Hazeman juga memberi amaran kepada para pencipta kandungan agar tidak meniru pendekatan DMA Islam kerana ia tidak sesuai untuk kerjasama jenama.

Hazeman turut menasihatkan generasi muda yang ingin menjadi pencipta kandungan agar berguru dan memahami tanggungjawab sosial di sebalik setiap video.

‘Tak semua ilmu tu bodoh’

Menutup kenyataannya, Hazeman menekankan kepentingan ilmu dan etika dalam mencipta kandungan di media sosial, menyindir pendekatan DMA Islam yang dianggap dangkal.

“Tu la lain kali kalau nak buat content, berguru dulu. Tak semua ilmu tu bodoh,” katanya dengan tegas.

Kenyataan Hazeman ini mendapat sokongan ramai warganet yang menganggap ia sebagai peringatan penting dalam era kandungan digital yang sarat dengan kontroversi demi populariti.

Sumber : Tiktok Hazeman Huzir

Related Posts