'Kenapa makcik buang?', ibu menangis tak sempat habiskan nasi | The Reporter

‘Kenapa makcik buang?’, ibu menangis tak sempat habiskan nasi

Seorang ibu menangis kecewa selepas makanan anak-anaknya dibuang oleh pekerja kedai makan.
Rakaman video wanita menangis kecewa selepas makanan anak-anaknya dibuang sewaktu ke tandas

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas makanan yang dipesan untuk anak-anaknya dibuang oleh seorang pekerja kedai makan, walaupun telah memaklumkan mereka hanya ke tandas seketika.

Dalam satu video tular yang dimuat naik ke media sosial, wanita tersebut berkongsi insiden yang berlaku ketika dia membawa dua orang anaknya makan di sebuah restoran. Menurutnya, dia membeli satu set nasi untuk dikongsi dua anaknya namun ketika sedang makan, anaknya mengajak ke tandas.

Sebelum meninggalkan meja, dia telah memberi pesanan kepada seorang pelayan yang bekerja di situ agar tidak membuang makanan tersebut kerana mereka belum habis makan. Namun sebaik sahaja kembali dari tandas, dia mendapati pinggan yang masih berisi nasi dan ayam itu sudah pun dibersihkan.

https://www.tiktok.com/@mahanyempire/video/7500827543075949831

“Kami baru makan sikit… anak baru dua suap. Ayam banyak lagi, nasi pun banyak lagi. Anak dua orang boleh makan lagi,” katanya sambil menangis dalam video berkenaan.

Wanita itu juga menyatakan ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Sebelum ini, minuman yang baru dibelinya juga dibuang oleh pekerja yang sama hanya kerana dia ke tandas sebentar.

“Tak senang saya nak beli nasi tu, makcik’, luahnya dengan penuh sebak. Dia juga menyatakan walaupun harga nasi tersebut hanyalah RM6 namun amat besar nilainya pada ketika itu

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai yang bersimpati dengan nasib wanita itu. Ramai netizen menegaskan bahawa harga makanan itu bukanlah isu utama, sebaliknya nilai dan usaha seseorang untuk mendapatkan makanan itulah yang perlu difahami.

Related Posts