Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita bernama Erny tampil mendedahkan pengalaman tidak menyenangkan menerusi satu hantaran di Facebook, apabila dia menyedari dirinya diekori dan dipercayai dirakam secara senyap oleh seorang lelaki berpakaian kuning semasa membawa anak-anak keluar membeli-belah di Mydin Seremban 2.
Kejadian itu bermula sejak mereka berada di luar kawasan booth, namun menjadi lebih ketara apabila lelaki tersebut kelihatan memegang telefon dalam posisi seperti sedang merakam secara berterusan. Menurut Erny, anak-anaknya turut menyedari kehadiran lelaki berkenaan. “Dia asyik tengok kita je, umi,” kata salah seorang anaknya.
Temui banyak video dalam galeri telefon
Curiga dengan gelagat itu, Erny memaklumkan kepada suaminya sebelum mereka bersama-sama menghampiri lelaki berkenaan untuk menyoal tindakannya dan merakam sebagai bukti. Mereka kemudian memeriksa telefon pelaku, dan lebih mengejutkan, ditemui beberapa video wanita mengandung — termasuk dirinya — yang dirakam secara senyap dengan sudut yang jelas menunjukkan bahagian belakang badan.
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
“Taste memang dengan orang mengandung. Berpurdah pun ada dalam rakaman tu,” kata Erny.
Lelaki itu akhirnya diserahkan kepada polis dan dikenal pasti sebagai pelajar berusia 20 tahun dari universiti berdekatan.
Menurut Erny, pelaku sangat takut ketika ditahan hingga terkencing kerana panik. Semasa disoal siasat, dia juga mengaku suka ‘mengumpul stok’ video wanita untuk kepuasan peribadi dan sudah lama melakukannya secara senyap-senyap.
“Dia suka-suka rakam perempuan. Buat stok seks sendiri, puas sendiri kat rumah. Takut lepas ni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa pun tak perasan. Masalahnya, siap zoom body part!” dedah Erny lagi.
Tarik balik laporan polis

Erny mengakui pada awalnya dia bertegas mahu mengheret pelaku ke muka pengadilan, namun atas dasar budi bicara, dia memilih untuk menarik semula laporan polis memandangkan lelaki itu masih muda. Bagaimanapun, dia tetap akan melaporkan kes ini kepada pihak universiti agar tindakan tatatertib sewajarnya dapat diambil.
“Saya tak nak diam sebab takut esok lusa jadi lebih teruk. Pakai purdah pun belum tentu selamat,” tegasnya sambil menyeru wanita lain agar berani bertindak, merakam sebagai bukti dan menjaga keselamatan diri ketika berada di tempat awam.








