Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelajar wanita mendakwa menjadi mangsa penyalahgunaan data peribadi selepas maklumat yang diberikannya kepada pemilik perkhidmatan kereta sewa digunakan untuk mendaftarkan akaun pelaburan emas Public Gold tanpa kebenaran.
Menurut pelajar terbabit menerusi perkongsian di platform X, dia hanya berniat menyewa kereta dan diminta menyerahkan maklumat seperti nombor kad pengenalan, emel serta gambar lesen. Namun beberapa hari kemudian, dia menerima mesej WhatsApp daripada pemilik perkhidmatan tersebut yang memintanya log masuk ke akaun Public Gold menggunakan maklumat peribadi yang dikongsi.
Malah, lelaki berkenaan turut menghantar panduan bergambar cara membeli emas, mempromosi faedah simpanan jangka panjang, dan mengaku mendaftarkan akaun tersebut atas nama pelajar itu. Apabila ditanya kenapa berbuat demikian tanpa kebenaran, dia menjawab: “Saja saya daftarkan je… tak salah pun simpan emas.” Malah, dia turut mengaku tujuannya adalah untuk melengkapkan KPI sebagai ejen jualan.
- ‘KL Gangster akan kuasai pilihan raya Datuk Bandar KL?’ – Puad Zarkashi
- Pemuda UMNO tolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar KL
- ‘Hajah Asmah telah kembali ke rahmatullah’- Dr Na’im
- ‘Kuasa pengampunan bukan hadiah politik’ – Sultan Pahang
- Wanita kongsi perkembangan ‘Api Bunga’, kucing terselamat dari kebakaran
Insiden ini mencetuskan kemarahan pelajar terbabit yang menyifatkannya sebagai pencabulan terhadap hak privasi. Dia turut menegaskan bahawa maklumat peribadi bukan sesuatu yang boleh digunakan sewenang-wenangnya atas alasan ‘nak tolong simpan emas’.
Setelah perkongsian tular, pelajar itu menerima puluhan mesej rayuan daripada lelaki terbabit yang merayu agar hantaran dipadam dan mendakwa perniagaannya terjejas teruk. Dalam mesej yang dihantar pada awal pagi, dia berulang kali meminta maaf, mengaku silap, dan menyatakan dia hanya mahu “bantuan support orang Melayu” serta tidak berniat menipu kerana “PG bukan scam.”

















Namun netizen tidak bersimpati, sebaliknya mengecam tindakan mengambil data orang lain tanpa izin semata-mata untuk mengejar keuntungan. Ramai menyifatkannya sebagai satu peringatan penting agar orang ramai lebih berhati-hati ketika menyerahkan dokumen peribadi kepada pihak tidak dikenali.
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menasihati pelajar terbabit agar membuat aduan rasmi melalui laman web mereka. JPDP turut menegaskan bahawa sebarang penggunaan maklumat peribadi tanpa persetujuan adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.








