'Saya takkan datang lagi!' - Pelancong China kecewa, tak banyak papan tanda bahasa Cina di Malaysia | The Reporter

‘Saya takkan datang lagi!’ – Pelancong China kecewa, tak banyak papan tanda bahasa Cina di Malaysia

Papan tanda bahasa Cina
Gambar hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelancong dari China meluahkan rasa kecewa dan menegaskan tidak akan kembali ke Malaysia selepas percutiannya baru-baru ini.

Dalam hantaran yang tular di media sosial Xiao Hong Shu, pelancong itu berkongsi pengalaman sukar kerana kekurangan papan tanda dalam bahasa Cina dan tidak memahami bahasa Inggeris.

Masalah bermula ketika dia mahu membeli tiket kereta api dari lapangan terbang ke KL Sentral. Dia pada awalnya menyangka harga tiket itu murah, tapi sebenarnya tidak.

“Saya baru tiba dari Chiangmai. Harga tiket saya RM55 kerana ia merupakan tiket kereta api ekspres,” katanya.

Oleh kerana dia sukar memahami cara beli tiket, dia meminta bantuan daripada kakitangan di lapangan terbang. Meskipun telah dibantu, dia terkejut apabila mendapati jumlah yang perlu dibayar ialah RM110 untuk dua tiket KLIA Ekspres.

“Kalau saya tahu tiket itu mahal, saya akan ambil e-hailing,” ujarnya lagi.

Pelancong itu juga berkata, dia sukar memahami bahasa Inggeris dan mendakwa loghat tempatan menyukarkan lagi komunikasi.

“Saya salah faham, dan saya ingat tiket itu murah. Tetapi rupanya ia tiket ekspres yang mahal. Saya kecewa kerana tiada kakitangan di lapangan terbang yang boleh bercakap dalam Bahasa Mandarin, sebab itu saya tidak dapat buat tuntutan balik,” jelasnya.

Disebabkan kecewa, pelancong itu membuat laporan polis. Tetapi, pihak berkuasa memaklumkan perkara itu bukan di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Malaysia, saya tidak akan datang lagi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Namun, reaksi di media sosial menunjukkan ramai netizen berpendapat, pengadu tidak patut menyalahkan orang lain. Sebaliknya dia perlu merancang perjalanannya dengan baik sebelum melancong. Malahan, dia tidak sepatutnya mengharapkan semua orang memahami bahasa ibundanya.

“Kau yang tak rancang sebelum melancong, jadi jangan salahkan orang lain. Kalau susah nak berkomunikasi, guna saja aplikasi terjemahan,” komen netizen.

Sumber: World of Buzz

Related Posts