Langgar SOP, parti dalam balai, 4 termasuk Inspektor ditukar serta-merta | The Reporter

Langgar SOP, parti dalam balai, 4 termasuk Inspektor ditukar serta-merta

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiga anggota polis dan seorang pegawai pegawai Inspektor telah dikenakan tindakan dipindah keluar dari Selangor selepas terlibat dalam penyalahgunaan premis kerajaan dengan menganjurkan parti persendirian hujung bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka telah dipindahkan ke Johor dan Kelantan serta merta susulan tindakan seorang anggota berpangkat Koperal membawa masuk empat orang awam, termasuk tiga wanita dalam premis pejabat mereka.

Dalam kejadian berkenaan katanya tiga anggota berpangkat Koperal telah membawa masuk orang awam termasuk tiga wanita ke pejabat diiringi dengan muzik dan sedikit makanan.

“Dalam insiden ‘so called’ parti itu, kita jumpa anggota berpangkat Koperal membawa masuk orang awam termasuk tiga wanita ke pejabat mereka dengan adanya muzik serta sedikit makanan,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan anggota berkenaan secara jelas telah bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Ini jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) iaitu mana-mana orang awam tidak boleh di bawa ke premis pejabat tanpa ada urusan rasmi.

“Itu adalah tindakan dalaman yang mana semua mereka diambil tindakan keluar terus dari Selangor (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor).

“Bukan saja dia (Koperal), tiga lagi anggota yang sepatutnya menjadi penyelia iaitu seorang berpangkat Sarjan, Sarjan Mejar dan Inspektor turut ditukar keluar dari Selangor kerana tindakan menyalahguna premis kerajaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts