'Dia tak nak dapat keturunan pemalas' - Lelaki kecewa direject bakal mentua kerana berasal dari Kelantan | The Reporter

‘Dia tak nak dapat keturunan pemalas’ – Lelaki kecewa direject bakal mentua kerana berasal dari Kelantan

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam dunia yang ada pelbagai ragam budaya dan tradisi, stigma seringkali menjadi batu penghalang dalam hubungan antara manusia. Dua hari lalu, seorang lelaki bernama Wan, berkongsi pengalaman pahitnya dalam sebuah temubual dengan stesen radio Era FM.

Menurut Wan, dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita hampir enam tahun. Dari zaman sekolah, universiti hingga ke zaman pekerjaan. Malangnya perhubungan mereka berakhir bukan kerana kurangnya perasaan cinta, tetapi disebabkan oleh stigma.

Difahamkan, Wan dan pasangannya ketika itu sudah melalui banyak fasa kehidupan bersama. Namun, ketika Wan ingin melangkah ke tahap seterusnya dengan mengadakan pertemuan bersama keluarga teman wanita tersebut, dia telah menemui rintangan yang tidak dijangka.

@era.je

Alahai ada lagi ya stigma macam ni. Sakitnya hati dengar cerita Wan ni. Takpa, bunga bukan sekuntum. Awak akan dapat pasangan dan keluarga pasangan yang lebih baik dan terima awak seadanya nanti. 😊 #sharERA #3PagiERA #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

“Bila kami dah berjumpa, dia (ibu bapa pasangan) macam tak nak beritahu secara langsung. Tetapi saya dapat merasakan mereka tidak menyukai saya kerana saya keturunan daripada orang negeri pantai timur iaitu Kelantan.

“Dia kata dia tak nak anak-anak dan cucu-cucunya dapat keturunan pemalas. Orang lelaki Kelantan ini kan selalu dikatakan pemalas, suka duduk bersembanglah apa semua. Nanti menyusahkan anak dia yang mempunyai kerja yang lebih baik berbanding saya.

“Malah, mereka menganggap saya seperti menumpang kesenangan anak perempuan muka,” kata Wan.

Kata-kata itu mengundang kekecewaan dan membuatkan Wan berasa tidak selesa untuk meneruskan hubungan itu.

Wan kemudian berterus terang kepada pasangannya dan mengambil kepuusan untuk berpisah secara baik bagi mengelakkan konflik yang lebih teruk di masa akan datang.

Meskipun kisah ini berakhir dengan pahit, Wan tetap berdoa setiap hari agar keluarga wanita itu mendapatkan menantu yang benar-benar memenuhi stigma negatif mereka.

“Saya pun tak nak perkara itu menjadi semakin serius selepas kami berkahwin. Jadi kami pun berpisah secara baik. Tapi sampai sekarang saya setiap hari berdoa agar ibu bapanya mendapat menantu yang betul-betul pemalas,” katanya.

Sumber: Era FM

Related Posts