Seorang remaja di Daerah Bantul, Indonesia, dilaporkan lari dari rumah selama tiga hari dan memilih untuk tinggal di dalam hutan, lapor Indo Zone.
Remaja lelaki berusia 15 tahun itu bertindak sedemikian kerana berang dengan ibunya yang enggan membelikan telefon baharu untuknya.
Disebabkan perbuatannya itu, dia nyaris kehilangan nyawa di hutan tersebut jika tidak berjaya ditemui.
“Dari keterangan keluarga, mangsa melarikan diri sebab marah dengan ibunya yang enggan belikan smartphone,” kata jurucakap Polis Bnatul, Nengah Jeffy, Khamis, 10 Ogos lalu.
Difahamkan, remaja itu lari dari kediamannya pada Isnin, 7 Ogos lalu. Menyedari kehilangan remaja itu, ahli keluarganya segera membuat laporan polis.
Bertindak di atas maklumat, polis telah menubuhkan satu pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pengelibatan 100 individu.
Kira-kira jam 3.30 petang, pasukan SAR berjaya menemui remaja berkenaan yang hilang di hutan.
Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah, lapar dan tidak berpakaian. Mangsa hilang selama tiga hari tnapa makanan dan minuman.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang luka kecederaan dan terus dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. – The Reporter








