Pelbagai produk kecantikan yang terjual di pasaran kadangkala tidak sesuai dengan jenis kulit individu. Akibatnya, kulit mula menjadi kusam, jerawat, jeragat dan pelbagai lagi masalah kulit timbul.
Tetapi, jika kita menggunakan bahan berasaskan semulajadi, berkemungkinan wajah kita bebas dari bahan kimia yang boleh merosakkan wajah malah penggunaan bahan semulajadi lebih memberikan kesan yang lebih sihat pada kulit wajah.
Seorang wanita berkongsikan cara untuk mendapatkan kulit yang lebih bersinar dengan menggunakan ubi bit atau beetroot sebagai topeng muka atau masker.
“Kesan penggunaan dia super duper best. Dah la kaler dia cantik, buat saya tersengih je masa sapu kat kulit. Khasiat masker ni memacam tau. Bak kata omputih, bila pakai beet root kat muka, kulit kita macam dapat nafas baru. Siapa nak tau kesan dia Wow tu, kena la cuba.
“Lupa nak bagi tau, beetroot ni harga dia tak mahal pun tau. Yang saya beli ni baru RM2.80. Memang berbaloi sangat. Siapa yang takut tak mampu beli, jangan risau. Harga dia murah je,” katanya.
Melalui ubi bit, wanita ini berkongsikan cara-cara untuk membuat masker yang mudah.
“Masker ada banyak versi, tapi Aisyah nak share yang simple.
- 2 sudu besar air beetroot / ubi bit yang diparut dan perah ambik air dia.
- 1/2 – 1 sudu besar tepung beras
“Campurkan kedua-dua bahan, kacau sampai sebati. Bancuhan tu korang agak-agak sendiri, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Pastu sapu je kat muka. Bila dah kering, korang cuci je.

“Baki bancuhan tu boleh simpan dalam peti ais untuk 3-4 hari dan boleh pakai tiga kali seminggu,” katanya.
Selain daripada menjadikan wajah lebih bersinar, masker ini juga dapat memberikan perubahan lain pada kulit wajah. Antaranya, pori pori muka makin kecil, bintik hitam / jeragat boleh pudar, menganjalkan kulit muka, melembutkan kulit muka, melambatkan proses penuaan kulit muka lagi berseri (tak kusam) dan kurangkan jerawat / parut jerawat.
Menerusi satu perkongsian lain juga, dikatakan beetroot ini boleh merawat bibir yang gelap dan mengembalikan warna kemerahan pada bibir.
Sumber: Aisyah Badar Bajrai




