'Saya sedih... ini perbuatan khianat' - Kim Jong Un larang rakyatnya bunuh diri, lebih baik dihukum mati | The Reporter

‘Saya sedih… ini perbuatan khianat’ – Kim Jong Un larang rakyatnya bunuh diri, lebih baik dihukum mati

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un menyatakan kebimbangannya mengenai kes bunuh diri yang dilaporkan semakin meningkat di negaranya.

Menurut laporan Central News, kes bunuh diri di negara itu meningkat 40 peratus berbanding tahun sebelumnya. Namun, dakwaan itu tidak dapat disahkan berikutan tiada data kajian yang diperoleh daripada pemerintah Korea Utara.

Bagi menangani masalah itu, Kim mengeluarkan arahan baharu kepada pejabat kerajaan untuk membuat program pencegahan bunuh diri.

“Perbuatan membunuh diri ini membuatkan saya berasa sedih, sebagai pemimpin tertinggi rakyat. Hal itu merupakan pengkhianatan terhadap sosialisme dan sangat kejam.

“Korea Utara adalah negara yang paling bahagia di dunia, hanya sedikit berada di belakang China.

“Untuk mempertahankan status itu, kita memerlukan orang-orang yang masih hidup kerana hanya saya yang memiliki kemampuan untuk mengetahui apakah seseorang itu masih bahagia selepas meninggal,” katanya dalam sebuah video menunjukkan dirinya menunggang kuda putih.

Menurut Kim, rakyat Korea Utara yang terlintas mahu membunuh diri perlu diberi pendidikan berulang mengenai prinsip sosialis, menerapkan dalam minda Korea Utara adalah negara paling bahagia, mempunyai pola makan hidup yang sihat dan wajib menentang Amerika Syarikat.

Sedangkan kebanyakan rakyat Korea Utara mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan kelaparan dan kemiskinan.

Difahamkan, pendidikan itu akan dilaksanakan di sebuah kampung sehingga rakyatnya yang terlibat menunjukkan dedikasi dan tidak akan membunuh diri lagi atau sehingga mereka meninggal dunia secara terhormat kerana kelaparan atau penyeksaan di kem tersebut.

Kim juga menyarankan rakyat menjadikan dirinya sebagai contoh agar mereka tidak lagi mengalami depresi.

Sumber: PKB News

Related Posts