![]() |
| Gambar, Carters News Agency |
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
SELATAN DAKOTA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan saiz lidah orang dewasanya berikutan masalah genetik terpencil, akhirnya mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian lidahnya itu.
Paisley yang dilahirkan dengan Beckwith Diedemann Syndrome (BWS) – adalah gangguan terhadap peertumbuhan yang jarang berlaku, membabitkan satu dalam setiap 14,000 kelahiran di seluruh dunia.
Ibubapanya, Madison Kienow, 21 dan Shannon Morrison-Johnson, 23, bersetuju untuk melakukan pembedahan bagi membuang sebahagian (2 inci) lidah bayi mereka. Namun, lidah Paisley masih terus membesar sehingga terkeluar dari mulutnya.
Ibubapanya mengakui, keadaan bayi mereka seringkali membuatkan orang lain berasa terkejut dan bercakap mengenainya.
Doktor berharap, lidah Paisley tidak akan terus membesar dan melalui pembedahan membuang sebahagian lidahnya. Bagaimanapun, Paisley akan terus dipantau dengan menjalani ujian darah dan ultrasound sehingga usia 8 tahun.













