Buat Kerja Bangang, Terimalah Padahnya | The Reporter

Buat Kerja Bangang, Terimalah Padahnya

JOHOR BAHRU – Padah melakukan perbuatan keji di tempat awam, seorang juruaudit cedera teruk dibelasah orang awam, sebelum diserahkan kepada polis. 
Dalam kejadian jam 9.40 malam tadi di pusat beli belah KSL City, lelaki berusia 27 tahun didapati telah merakam gambar/video bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bagaimanapun, rakan mangsa yang menyedari perbuatan lelaki itu kemudian menegur biadabnya sebelum melarikan diri. Malangnya dihalang orang ramai sebelum dibelasah, diikat dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, dalam telefon bimbit milik suspek juga mempunyai banyak gambar/video mangsa yang dirakam tanpa disedari mangsa-mangsanya. 
Tiga buah kereta polis peronda tiba di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Lapor Harian Metro, lelaki terbabit mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.  – The Reporter

Leave a Reply
Related Posts