Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ingat tak SUKMA Perlis 2014? Ini adalah thread tentang pengalaman saya sendiri menginap di sebuah asrama IPT Perlis. Masa itu, saya atlet berbasikal Pahang dan mewakili Pahang untuk SUKMA di Perlis. Kemudian kami kena menginap di IPT apa entah, tak ingat. Yang saya tahu, IPT itu di tepi lebuh raya saja.
Tiba-tiba dia rasa macam ada orang kejar dia. Makin lama makin laju. Dia pun berlarilah masuk ke dalam bilik. Dia kata dia nampak benda itu hitam saja. Sumpah takut weh!
Malam yang sama, asrama lelaki juga diganggu. Apa yang saya tahu, mereka nampak bayi merangkak di lantai. Mereka ada rakam, tetapi saya tak tengok sebab takut.
Tetapi dia diam sahaja. Dalam masa yang sama dia baca macam-macam surah sehingga dia tertidur. Pagi hari itu juga, dia dan keluarga dia pindah keluar dan terus tinggal di hotel.











