Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pada awalnya, si ibu menyangka anaknya mengalami sakit biasa sahaja. Bagaimanapun setelah diperiksa, rupa-rupanya anak menghidap penyakit batuk kokol. 14 hari anak menanggung derita, membuatkan si ibu tidak sanggup melihat anaknya dalam keadaan terseksa begitu. Semoga menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang ada anak kecil dan juga kepada semua orang agar memahami jika permintaan mereka untuk mendukung, memeluk, mencium anak kecil ditolak oleh ibu bapanya.
SUKA jadi duka. Cukuplah sekali, saya dah kena. Seriously, cukuplah. Tak sanggup rasanya nak menghadap dan kenang apa yang terjadi. Bisa di hati ini tak hilang lagi. Betul-betul beri pengajaran kepada saya. Biarlah selepas ini saya jadi paranoid dan kedekut. Saya tak kisah orang nak kata saya kera sumbang atau apa, janji saya tak menangis di kemudian hari.
Jam 3 pagi, 6 Oktober, Yin batuk sampai sesak nafas lagi. Saya sapu ubat asma saja. Kemudian dia tertidur sambil termengah-mengah. Kalau difikirkan balik, rasa kejam pula saya tak bawa dia terus ke hospital pada masa itu.
Lima hari di Hospital Columbia Asia. Sampai 10 Oktober, Yin macam okay sikit dan doktor beri kebenaran untuk balik sebab saya ada minta untuk balik disebabkan tak dapat pindahkan Yin ke Hospital Banting.
Masa itu dah macam cacing kepanasanlah saya. Laju gila doktor itu ke sana sini ambil itu ini, pasang sana sini. Cucuk Yin sana sini. Gila saya punya otak pada masa itu, entah nak fikir apa dah.
Tolong hormat ibu bapa yang ada anak kecil. Sebab saya tengok ramai saja orang di sekeliling yang ada anak kecil tetapi tidak mementingkan kesihatan anak. Merokok di depan anak pun selamba. Kalau tak sayang anak, itu masalah mereka. Tetapi anak saya, saya yang tentukan siapa yang boleh pegang. Asap rokok sangat berbahaya untuk kanak-kanak, boleh menyebabkan pneumonia. Tak pernah kena, boleh buat sambil lewa. Bila sudah terkena, merasalah deritanya.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk ibu bapa yang lain. Layyin Izz’Yara, ibu dan ayah kira orang yang bertuah kerana Allah izinkan untuk sembuh semula. Orang lain, dah bawa maut baru nak ada kesedaran. Tolonglah sayangi nyawa anak kita. Bukan senang nak melahirkan anak itu.















