Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hi to all insurance agents out there. Tak kiralah dari mana-mana syarikat insurans pun. Hari ini nak beritahu sikit. As I am working at hospital billing department, especially for private specialist hospital.
Tak pasal-pasal kami pula yang dituduh mengenakan bayaran mahal disebabkan mereka terpaksa bayar sejumlah wang bagi ubat atau penyakit yang insurans mereka tak cover.
Dan saya sering diajukan dengan soalan, “Eh kenapa pula tak cover? Kalau tak cover kenapa ejen saya tak beritahu saya pun?”.
Seperti kes yang berlaku pada petang tadi. Patient India, suami isteri, mereka terlibat dalam kemalangan dan tiba masa finalize bill mereka, insurans declined. Datang nak bayar dengan saya, mereka hanya mampu bayar RM400. So apa tindakan hospital kepada mereka?
Medical card memang penting, tetapi adalah penting juga pengetahuan client untuk mengambil tahu apa polisi insurans itu cover dan adalah penting juga untuk ejen maklumkan secara terperinci mengenai polisi yang mereka tawarkan.










