Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jika semalam kita digemparkan dengan sikap segelintir pengunjung yang merosakkan barang-barang pameran dan mengotorkan fasiliti Pusat Sains Negara, hari ini kejadian yang tidak disangka-sangkakan berlaku di sebuah taman tema air di Kuantan, Pahang.
Di musim cuti sekolah ini ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti di beberapa tempat pilihan. Namun ada segelintir ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka agar tidak membuat onar di tempat awam.
Seperti yang didedahkan oleh Hanan Umairah, pengalaman pertama dia pergi ke taman air ini membuatkan dia berasa serik untuk jangka masa yang lama. Lebih mengecewakan, Hanan mendakwa pihak pengurus taman berkenaan seperti acuh tak acuh dengan aduan yang dibuatnya.
MAAF posting agak kotor dengan gambar censored. Tetapi sebagai ibu, saya menyesal sangat-sangat membazir masa dan duit datang ke waterpark ini. Airnya keruh mungkin disebabkan terlalu ramai orang. Itu saya boleh consider lagi, tetapi yang paling tidak dapat diterima, ada tahi di gigi air!
SELEPAS VIRAL, RAMAI NETIZEN KONGSI POSTING BERKENAAN
Tak sangka pun posting tentang waterpark itu ramai yang kongsi. Siap ada yang komen, ‘Jangan sampai si pembuat posting ni kena saman’.










