68 motosikal hangus angkara khianat - The Reporter

68 motosikal hangus angkara khianat

Penduduk di Taman Alor Vista Relau, Bayan Lepas digemparkan dengan kejadian motosikal terbakar di parkir motosikal, jam 2:50 pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian dengan dua jentera  dari BBP Paya Terubong dan Bayan Baru. 
Ketika tiba, kebakaran sudah marak dan bomba berjaya mengawal dan memadamkan api pada jam 3:34 pagi. 
Siasatan awal mendapati, sebanyak 40 motosikal hangus 100 peratus, 28 lagi terbakar 50 peratus dan empat buah kereta rosak akibat terdedah dengan bahang api. 
Punca kebakaran masih dalam siasatan, tetapi bomba tidak menolak yang kebakaran itu mungkin berpunca dari perbuatan khianat menggunakan api. 

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sumber: Harian Metro
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!