Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Enam individu dilaporkan ditahan polis Thailand dalam satu serbuan di hotel di Golok, Thailand pada Jumaat.
Penyanyi wanita popular di negeri Kelantan antara individu ditahan bagi membantu siasatan berkenaan dengan rampasan 6,000 biji pil dipercayai pil kuda.
Memetik laporan dari Sinar Harian, sumber mengesahkan penahanan penyanyi berusia 20-an itu.
“Mengikut maklumat, dia kini berada dalam tahanan polis Thailand.
“Selebihnya, saya tidak boleh memberikan sebarang ulasan,” katanya.
Difahamkan, penahanan keenam-enam individu tersebut dilakukan selepas mereka berhibur di sebuah pusat hiburan yang terletak di bahagian bawah hotel.
Namun, dua lagi suspek yang tidak dikenali berjaya melepaskan diri dalam serbuan tersebut.
Hasil pemeriksaan dilakukan Polis Thailand menjumpai sebanyak 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Sumber: Sinar Harian