'5 hari aku keracunan makanan' | The Reporter

‘5 hari aku keracunan makanan’

Sumber Gambar: TikTok eydil’R

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki mendakwa sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur tidak menjaga kebersihan dengan sebaiknya.

Semasa berkunjung ke kedai berkenaan, dia telah memesan beberapa menu makanan. Alangkah terkejutnya, apabila dia mendapati ada ulat sampah di dalam sup yang dipesan.

Dua ekor ulat dalam sup yang dipesan

Katanya, gara-gara makan di restoran itu, dia telah mengalami keracunan makanan selama lima hari.

“Pertama sekali tak tahu nak cakap macam mana sebab makanan ni la aku keracunan makanan 5 hari.

“Kedai tengah bandar ada ulat sampah yang sihat gemuk gebu dalam sup. Dari segi service waiter slow mengarut, makanan pulak kurang bersih,” tulisnya.

Katanya, bukan sahaja tidak menjaga kebersihan dari segi penyediaan makanan, malahan tandas dan dapur juga dilihat tidak dijaga dengan sebaiknya.

“Toilet, kitchen, tempat buat air pun dah macam apa tengok nak cakap apa pun tak tahu dah,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang turut berkongsikan pengalaman ketika berkunjung ke restoran berkenaan.

Sumber: TikTok eydilr

Related Posts