Malam tadi sebelum tidur, Medina pesan pada saya dan Nek Ma untuk kejutkan dia bila waktu suhoor (that’s how she pronounced it). Menjelang sahur tadi, Nek Ma pun kejutkanlah dia pada jam 5 pagi.
“Saya nak tidur,” katanya.
Dah agak dah! Tetapi beberapa minit kemudian, dia sudah terpacak di dapur meminta buah kurma. Alhamdulillah, first time dia bangun sahur.
Dia makan tiga biji kurma. Tinggal beberapa minit sebelum masuk waktu imsak, saya suruh dia menghabiskan air dari botol. Dia teguk tiga kali.
“Drink more, Nur. So you don’t feel hungry or thirsty tomorrow. Finish the whole bottle,” kata saya padanya
“I took 3 sips. That’s enough. That’s the purpose of fasting. To feel hungry and thirsty. If you don’t feel it, you can’t feel the poor,” jawabnya.
Uh-oh! Fine, Nur. Fine – Nurul Zainodin | PIXEL MEDIA