Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari wanita, yang mengandungi cecair sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak dan lendir.
Cyst bukan penyakit tetapi ia selalu dihidapi oleh golongan wanita muda. Selain itu, kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom-simpton tertentu dah hanya diketahui apabila seseorang individu itu melakukan pemeriksaan ultrasound.
Meskipun cyst ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Baru-baru ini, Hariza Azmi berkongsi mengenai cyst dan menasihatkan golonga wanita tidak mengambil atau mengamalkan sebarang makanan tambahan yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketumbuhan cyst.
TIGA tahun lepas, aku operate buang cyst. Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.








