Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun maut manakala seorang parah apabila dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.26 malam semalam berlaku berhampiran kampus berkenaan.
Pihak UiTM dalam satu kenyataan juga mengesahkan insiden berkenaan.

Menerusi beberapa laporan, kereta SUV yang dipandu tersebut dipandu oleh seorang wanita yang dipercayai kurang siuman.
Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, mengalami kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, tiga buah kenderaan terlibat kemalangan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV, Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.
“Pemandu SUV iaitu seorang wanita dewasa mengalami kecederaan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
“Dua lelaki yang juga penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak kesihatan.
“Seorang lagi mangsa yang menaiki Yamaha Y15 meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian, Terengganu FM








