Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Lebih kurang jam 9.40 malam semalam, kami dari Terengganu menuju ke Kuala Lumpur menggunakan laluan LPT2. Sampai di kawasan Rasau, tiba-tiba kereta berlanggar dengan satu objek melintang yang betul-betul terletak di tengah jalan. Akibatnya, kereta kami hilang kawalan. Mujur pemandu dapat mengawal kenderaan dan berhenti di tepi jalan.
Kereta kedua, Proton Saga, tayar depan pecah dan sport rim juga rosak. Tetapi pemandunya hanya menukar tayar dan meneruskan perjalanan.
- LPT2 tidak menyediakan khidmat towing.
- Peronda lebuhraya hanya datang melihat keadaan sahaja dan tidak bantu menukar tayar (kami tidak cukup peralatan)
- Coverage on off, kejap edge, kejap no service.
- Kami terpaksa menghubungi pihak insurans kereta untuk minta carikan lori towing terdekat.
Alhamdulillah semua selamat, tiada yang cedera. Cuma kami kesal dengan khidmat dan keadaan jalan itu. Nak tak nak, semua terpaksa tambah cuti kerja nak selesaikan laporan polis, nak tunggu kereta siap, duit keluar lagi dan macam-macam lagi.











