Bila anak terkena jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), ia bagaikan mimpi ngeri buat ibu bapa. Mana tidaknya, bintik-bintik kemerahan itu muncul di tiga bahagian badan tersebut. Lebih memeritkan bila terlalu banyak ulser di dalam mulut si kecil.
Ibu bapa perlu beringat bahawa, HFMD adalah penyakit berjangkit yang mudah tersebar melalui sentuhan dan udara. Jika anak yang belum sembuh sepenuhnya, usahlah dihantar ke pusat jagaan terutamanya. Jika ia berjangkit pada kanak-kanak lain, secara tidak langsungnya anda telah mendatangkan kesusahan pada ibu bapa kanak-kanak lain yang terpaksa mengambil cuti seminggu untuk menjalani proses kuarantin.
Sudahlah cuti terhad, cuti untuk diri sendiri pun tak ada. Semua cuti dihabiskan untuk menjaga anak yang sakit. – The Reporter