Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Siri animasi tempatan Upin Ipin sentiasa menambat hati si cilik untuk menontonnya.
Gelagat si kembar Upin dan Ipin kadangkala menjadi ikutan kanak-kanak meniru suara dan perwatakan mereka.
Menghampiri 17 tahun penerbitan, pelbagai cerita yang dikongsikan dalam setiap episod yang ditayangkan.
Menerusi hantaran terbaharu di syarikat berkenaan, episod terbaharu yang bertajuk ‘Minyak Sawit’ telah mencapai dua juta tontonan dalam masa 36 jam setelah dimuat naik ke Youtube.
Episod yang merupakan tajaan daripada Malaysia Palm Oil Council itu memperkenalkan kebaikan dan kelebihan minyak sawit Malaysia.
“Episod istimewa berkaitan minyak sawit Malaysia ini merupakan episod tajaan oleh Malaysia Palm Oil Council (MPOC) yang memperkenalkan tentang kebaikan dan kelebihan minyak sawit Malaysia,” tulis hantaran berkenaan.
Rata-rata netizen berasa bangga dengan siri animasi tersebut yang mempromosikan produk tempatan.
Sumber: Les Copaque Production