Kes kehilangan yang berlaku baru-baru ini sangat mengejutkan ramai pihak.
Kehilangan yang diharapkan berakhir dengan selamat, namun disampaikan dengan berita dukacita.
Ada juga yang dilaporkan selamat, namun masih timbul kebimbangan dalam masyarakat.
Kes kehilangan baru-baru ini juga merupakan satu usaha yang dibuat ramai pihak menerusi penularan di media sosial.
Namun begitu, tanpa kita sedari mungkin kes-kes kehilangan yang tular itu hanya sebahagian kes yang diketahui.
Menerusi satu laman web rasmi kanak-kanak hilang, masih ramai lagi tidak diketahui status terkini mereka.
Dalam laman web tersebut juga, dilaporkan kehilangan seramai 257 kes dan didapati data kes kehilangan paling lama direkodkan adalah pada tahun 2010.

Turut direkodkan menerusi laman web tersebut, kes kehilangan remaja.
Sumber: Laman web Kanak-Kanak hilang








