Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
23 warga Rohingya yang melarikan diri dari Rakhine, Myanmar dilaporkan lemas dalam tragedi bot karam.
Menurut laporan BBC, bot yang dinaiki lebih 50 warga Rohingya itu dalam perjalanan ke Malaysia. Namun bot tersebut karam di berdekatan ibu kota Rakhine, Sittwe, selepas dipukul ombak.
Salah seorang daripada lapan mangsa terselamat berkata, mereka terpaksa membayar kira-kira RM18,348 seorang untuk menaiki bot tersebut.
Malangnya bot yang dinaiki itu karam menyebabkan 23 maut, manakala lebih 30 lagi mangsa dilaporkan hilang. Anak kapal pula didakwa telah meninggalkan bot sebelum karam.
Ada mayat mangsa diambil oleh bot penyelamat lain dan sebahagiannya dihanyutkan ke pantai. Pasukan penyelamat masih mencari penumpang yang hilang.
Lapor Harian Metro, ribuan warga Rohingya memilih untuk melarikan diri daripada Myanmar kerana tidak tahan dianiaya, menerusi jalan laut ke Malaysia atau Indonesia.
Mereka sanggup menjual harta kerana terdesak, untuk membiayai perjalanan mereka.
Sumber: Harian Metro