2 Objek Yang Ditemui Bukan Bom

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur sebentar tadi menafikan dakwaan bahawa dua objek yang ditemui di Aquaria KLCC adalah bom, seperti yang tersebar di media sosial.
“Objek yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang dijumpai di Aquaria KLCC hari ini bukan bom. Siasatan awal mendapati bahan tersebut adlaah bahan ujikaji yang digunakan oleh pelajar sekolah ketika melakukan lawatan di Aquaria KLCC,” katanya. 
Terdahulu, seorang pekerja Aquaria KLCC menemui dua balang berkenaan pada jam 5.30 petang dan melatakkannya berhampiran sebuah tong sampah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 
Anggota Keselamatan KLCC bagaimanapun mengesyaki objek tersebut berbahaya kemudian bertindak menghubungi pihak polis. 
Ekoran itu, PDRM menghantar skuad bom ke lokasi dan berjaya memusnahkan dua objek itu menggunakan robot yang dikawal oleh unit pemusnah bom pada jam 7.45 malam. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts