Sikap prihatin wanita ini dipuji netizen kerana tanpa rasa takut atau ragu-ragu menumpangkan seorang wanita yang hanya berjalan kaki sambil mendukung anaknya ketika melalui jalan di Gambang, Pahang.
Melalui perkongsian di TikTok Noorjanah, dia berkata semasa dalam perjalanan dari Kuantan, dia terjumpa wanita ini yang berjalan kaki sambil mendukung anaknya.
“Kami dah terlajak balik, tapi mintak husband patah balik sebab tak sampai hati tengok ibu dukung anak. Kiri dan kanan hutan.
“Dia kata dah jalan kaki dua jam dukung anak, masa offer dia naik, dia memang tengah nangis.
“Dia tak banyak cakap terus terima pelawaan aku nak hantar dia. Sedihnya tengok anak dia yang masih kecik,” katanya.
Ujarnya lagi wanita berkenaan merupakan orang asli.
“Dia orang asli yang dikira moden, so dia kata masa jalan takut juga kiri dan kanan hutan tak ada perumahan langsung.
“Bila ditanya pasal suaminya, dia kata dah seminggu suami dia tak pedulikan dia. Dan dia nekad balik rumah mak dia jalan kaki,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan nasib yang dihadapi oleh wanita itu dan memuji sikap Noorjanah yang sudi menolong wanita berkenaan.
“Ibu susah macam mana pun anak tu tetap la dibawa. Dah la dalam perut 9 bulan dulu,” komen Lizasarudin
“Terima kasih kak bantu kaum saya. Sekarang mostly semua orang asli dah maju dan semua cantik-cantik,” kata Naaa.
“Alhamdulilah Allah hadirkan insan seperti awak, insya-Allah akan ada balasan/hikmah dari pertolongan itu,” kata Mamasahira.
Sumber: Noorjanah Ibrahim