2 helikopter tentera terhempas di Pangkalan TLDM Lumut | The Reporter

2 helikopter tentera terhempas di Pangkalan TLDM Lumut

Sumber gambar: Orang Awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua helikopter yang sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada pada 3 hingga 5 Mei ini, dilaporkan berlanggar dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lumut, pagi ini.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian itu masih belum diketahui.

Menurut maklumat awal, kejadian berlaku pada jam 9.45 pagi tadi. Dua helikopter berkenaan bersama dengan yang lain sedang melakukan Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Seramai 10 anggota dilaporkan terkorban dalam kejadian itu.

Video kejadian turut tular di media sosial, menunjukkan salah sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter yang menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan terhempas.

Salah sebuah pesawat dilaporkan terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala sebuah lagi pesawat terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Related Posts