Bagi yang sedang mengalami sakit gigi yang tak terkata, mungkin anda boleh mencuba produk Oradex ini bagi menghilangkan rasa sakit sebelum mencabut gigi yang rosak akibat berlubang atau dijangkiti kuman.
Berdasarkan pengalaman pengguna, rata-rata memberikan komen positif selepas menggunakan Oradex. Namun ini bukan bermaksud anda tidak perlu mencabut atau merawat gigi yang bermasalah. Penggunaan Oradex hanya bersifat sementara saja. Oleh itu, sebaik-baiknya buat pemeriksaan gigi dan dapatkan nasihat dari doktor pergigian.
Di bawah adalah perkongsian testimoni dari Yanti Adneen, yang telah menggunakan Oradex. Semoga bermanfaat.
Korang sakit gigi? Cepat cari benda ini!
Ingat lagi tak episod saya sakit gigi pada Januari yang lepas? Hampir dua minggu menahan sakit gigi. Bukan sakit biasa-biasa, sakit yang luar biasa sampai menitis air mata. Sadis gila, sakit oi! Gigi bongsu la katakan.
Pergi klinik jumpa doktor, dapatlah ubat tahan sakit dan antibiotik. Saya rasa ubat tahan sakit itu kuat sangat sebab kalau telan, sejam dua selepas itu hilang terus rasa sakit. Eh? Eh? Sihat walafiat pula. Tetapi beberapa hari kemudian kesakitan itu datang semula.
Sempat telan dua biji ubat tahan sakit sebab rasa kuat sangat ubat itu. Tak berani nak amalkan walaupun doktor kata ia selamat. Hari-hari seterusnya, tahan sendiri rasa sakit itu. Antibiotik memang saya habiskan, tetapi rasa sakit itu masih berterusan. Siang sakit, malam hilang. Keesokan harinya ulang lagi sampai hampir dua minggu tak hilang lagi.
Yang pernah sakit gigi bongsu faham kot sakitnya macam mana. Rasa sakitnya sampai ke otak. Jemm! Memang melepek di rumah saja jawabnya. Tak ada mood nak keluar.
Bersembang dengan adik lelaki dan dia pun bertanya: “Laa, tak hilang lagi ke sakit gigi hang kak?”
“Belum. Sampai sekarang sakit. Bilalah nak hilang pun tak tahu. Huhuhu..” saya mengadu.
“Man dulu pun sakit macam hang gak. Pergi check, doktor kata gigi bongsu berlubang dan kena cabut. Pastu aku pun cabut lari! Hahaha!” adik berseloroh.
“Laa, hang lari?” saya terkejut sambil gelak.
“Haa la. Pastu sakit tak tahan, pergi klinik lain pula. Tapi aku cerita siap-siaplah kat doktor tu yang aku dah pergi check gigi. Doktor sana kata kena cabut, terus aku angkat kaki. Jadi, doktor itu tahu aku penakut. Dia pun suruh aku pergi cari mouthwash ini di farmasi. Aku beli dan guna 2-3 hari saja, terus hilang sakit gigi itu sampai sekarang. Alhamdulillah,” ceritanya.
Saya yang tengah sakit gigi ini pun apa lagi, terus teruja bertanya, “Weh, nama apa ubat tu? Beli kat mana?”
“Oradex, botol kecil je warna biru. Aku beli di Farmasi Kupang. Hang try pi tengok kot ada lagi,” kata adik.
Keesokan harinya, saya pun pergi mencari ubat itu di farmasi. Yes! Ada! RM7 lebih untuk botol kecil. Beli terus, ikhtiar kot-kot menjadi. Nak tahu apa terjadi selepas saya berkumur menggunakan mouthwash itu?
2-3 hari kemudian, sakit gigi saya dah hilang! Hilang? Yes, hilang sampai sekarang. Alhamdulillah, syukur. Semuanya dengan izin Allah.
Jadi, kalau korang sakit gigi, cubalah mouthwash ini. Kita usaha saja, kalau serasi dan dengan izin Allah, inshaAllah menjadi. Siap ada logo halal lagi. Dapatlah guna tanpa rasa was-was.
Sila share, semoga bermanfaat.
Sumber: Yanti Adneen