120 ketua bahagian tandatangan SD desak Muhyiddin berundur, serah kuasa kepada Hamzah | The Reporter

120 ketua bahagian tandatangan SD desak Muhyiddin berundur, serah kuasa kepada Hamzah

Potret Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan serius ketika menghadiri majlis rasmi Bersatu, dikaitkan dengan isu desakan 120 ketua bahagian tandatangan SD.
Muhyiddin didesak berundur selepas 120 ketua bahagian Bersatu tandatangan SD serah kuasa kepada Hamzah.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan desakan terbesar sepanjang menerajui parti itu apabila majoriti ketua bahagian tampil menolak kepimpinannya.

Menurut laporan Malaysia Dateline, seramai 120 ketua bahagian telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) mendesak beliau berundur dan menyerahkan tampuk kepada timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Laporan Utusan Malaysia pula menyebut tindakan mengumpul tandatangan itu diakui sendiri Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi yang menjelaskan ia dibuat kerana kebimbangan mengenai survival parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Semua SD itu dikatakan telah diserahkan kepada Muhyiddin minggu lalu sebagai isyarat jelas ketidakpuasan hati akar umbi.

Baca juga:

Kekecohan dalam perhimpunan tahunan

Desakan tersebut turut terbawa ke pentas utama apabila Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Ketika Muhyiddin menyampaikan ucapan, suasana menjadi kecoh dengan laungan ‘undur Muhyiddin’ kedengaran daripada sebahagian perwakilan. Bagaimanapun, beliau tetap meneruskan ucapannya walaupun keadaan dewan tidak lagi tenang.

Terdahulu, Muhyiddin sindir gerakan kutip tandatangan

Sebelum tercetusnya kekecohan itu, Muhyiddin sendiri pernah menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan presiden.

Dalam ucapannya sebelum ini yang dilaporkan MalaysiaKini, beliau menegaskan cara sedemikian bercanggah dengan perlembagaan parti.

Muhyiddin turut mengingatkan, jika kepimpinan boleh dijatuhkan hanya melalui kutipan tandatangan, ia boleh membuka jalan untuk mana-mana pemimpin lain turut dijatuhkan secara mudah. Justeru beliau menekankan kepatuhan kepada perlembagaan dan menegaskan perpaduan adalah kunci kekuatan parti.

Related Posts