Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mei lalu, pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah dalam kejadian langgar sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, telah memfailkan permohonan jaminan agar dibebaskan sementara menunggu perbicaraan kesnya.
Esok, 1 Ogos merupakan sebutan semula permohonan jaminan terbabit.
Mohd Nazri Abdul Razak, yang berpangkat DSP,didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember tahun lepas.
Terdahulu, dalam kejadian pada jam kira-kira 12.30 tengah hari, pelajar tingkatan lima itu didapati maut selepas dipercayai dilanggar seorang pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah. Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor dari SMK Jati.
Sebelum insiden berkenaan, dikatakan berlaku pertengkaran membabitkan pegawai polis yang memandu Perodua Ativa itu dan mangsa dikatakan membuat bising menggunakan motosikalnya.
Pegawai polis berkenaan kemudiannya mengejar mangsa hampir satu kilometer sebelum merempuhnya dari belakang. Rempuhan itu menyebabkan pelajar terbabit terjatuh sebelum diseret hampir lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan pada dada dan perut akibat kemalangan jalan raya.
Susulan itu, pegawai polis berkenaan ditahan sebelum direman tiga hari.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro