PUTRAJAYA – Setelah beberapa hari kerajaan dikritik oleh rakyat tentang isu 1.5 juta pekerja Bangladesh, Putrajaya mengeluarkan kenyataan bahawa angka itu bukan keseluruhannya untuk Malaysia sahaja.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, angka tersebut sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan kementerian di Bangladesh untuk bekerja di 139 negara serata dunia.
“Malaysia merupakan salah satu dari 139 negara tersebut. Bilangan pekerja bukan 1.5 juta seperti yang didakwa tetapi berdasarkan permintaan syarikat yang berdaftar untuk pekerja Bangladesh berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun dalam kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pengambilan pekerja asing dari mana-mana negara ditangguhkan buat sementara, termasuk pekerja asing dari Bangladesh berkuatkuasa serta merta. – PIXEL MEDIA